Lelaki maut digilis lori di Johor

Seorang lelaki meninggal dunia dalam keadaan tragis apabila dia terjatuh kemudian digilis sebuah lori sekitar pukul 4.52 petang di jejambat susur Taman Perling, Johor Bahru pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Balveer Mahindar Singh berkata, mangsa mengalami kecederaan parah dikeseluruhan anggota badan dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian

Kemalangan berlaku apabila sebuah motosikal jenis Modenass Kriss dinaiki oleh lelaki terbabit dipercayai hilang kawalan ketika menukar lorong dari susur masuk Taman Perling ke Tampoi Indah.

“Pemandu lori yang berumur 35 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan. Mangsa dipercayai warganegara India berusia 38 tahun maut terjatuh sebelum digilis oleh sebuah lori.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 sehingga menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau merbahayakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Polis menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini supaya menghubungi dan menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat iaitu Inspektor Samsol Faizal Ibrahim di talian 012-777 7501.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat