Nak sangat jadi ‘keyboard warrior’, lelaki dipenjara 6 bulan, denda RM12,000 permain isu stoking kalimah Allah

Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000 setelah mengaku bersalah membuat parodi tentang isu stoking kalimah Allah yang tular baru-baru ini.

Tertuduh, Chiok Wai Loong, 34, mengatakan dirinya hanya mahu menjadi keyboard warrior dan menyatakan kalimah ‘Allah’ yang ditulisnya itu menghina Islam.

“Saya tidak sengaja dan hanya mahu menjadi keyboard warrior, saya tidak tahu ia sensitif kepada orang lain terutamanya umat Islam.

“Ini kerana kepercayaan saya mempunyai rantai kaki dan tangan serta tatu bermotifkan Tuhan pada bahagian badan maka saya ingatkan ia merupakan hal yang kecil dan tidak berbaur hina kepada agama lain,” katanya dalam rayuan mahkamah, lapor Berita Harian.

Chiok turut memohon agar tidak dipenjarakan kerana tidak mahu kehilangan kerja sebagai juruteknik aplikasi sosial namun Timbalan Pendakwa Raya, Datin Kalmizah Salleh memohon hukuman berat dan setimpal untuk dijadikan pengajaran kepada masyarakat di luar sana.

Ini kerana polis menerima 24 laporan polis berhubung isu ini, menunjukkan betapa seriusnya isu ini kepada penganut agama Islam.

Terdahulu, lelaki tersebut tampil memohon maaf secara terbuka selepas membuat hantaran berbaur hinaan kepada agama Islam selepas memberi komennya mengenai isu penjualan stoking bertulis kalimah Allah di sebuah kedai serbaneka.

Hantarannya mencetuskan kemarahan warganet dan seolah mengeruhkan keadaan dimana semua masih sedang berasa sensitif mengenai isu berkenaan.

Antara hantaran yang dimuat naik Chiok.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat