Yayasan Selangor memperuntukkan tajaan pendidikan sebanyak RM990,000 menerusi Program BITARA Yayasan Selangor sekali gus memberi manfaat kepada 62 orang murid yang mengikuti sesi persekolahan sesi 2024/2025.
Tajaan tersebut diberikan kepada 55 orang murid yang ditempatkan di beberapa Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan tujuh orang murid di Kolej Yayasan Saad Melaka (KYSM).
“Pemilihan murid yang menerima tajaan ini adalah menerusi Program Budi Yayasan Selangor bagi murid MRSM dan golongan B40 berpendapatan kurang RM4,000 buat murid KYSM.
“Tajaan tersebut meliputi bantuan dari segi bayaran yuran persekolahan, yuran penginapan dan makanan, yuran pengajian, wang saku dan peranti,” katanya dalam satu kenyataan.
Program BITARA Yayasan Selangor dilaksanakan pada 2021 merupakan tajaan Yayasan Selangor kepada murid kelahiran Selangor yang belajar di 12 buah MRSM terpilih dan KYSM.
Pada Rabu lalu, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Selangor telah menyerahkan surat tawaran kepada tiga orang murid yang hadir bersama ibu bapa mereka di ibu Pejabat Yayasan Selangor, Petaling Jaya sebagai simbolik pemberian tajaan berkenaan pada sesi persekolahan kali ini.
Baca juga:








