Penyanyi Adira Suhaimi menegaskan bahawa dia tetap akan memberikan sokongan moral kepada suaminya, Datuk Seri Adnan Abu meskipun usahawan itu dinyatakan muflis sejak tahun 2019.
Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 33, sentiasa memberikan sokongan kepada Adnan atau lebih dikenali Datuk Red kerana masih mahu berusaha menyelesaikan masalah yang membelenggu mereka.
“Saya macam mana pun tetap beri sokongan kepada Datuk Red selagi dia mahu berusaha (ubah kehidupannya). Saya akan sentiasa sokong.
“Kalau dia nak berusaha itu, Alhamdulilah. Jangan bagi dia ‘down’ lagi, harap semua orang bagi dia semangat.
“Memandangkan dia sedang berusaha, kita bantulah apa yang boleh tolong,” katanya memetik Mstar.
Ibu kepada empat orang cahaya mata itu juga meminta supaya netizen tidak mengecam dan memburukkan keadaan Datuk Red.
Bagaimanapun, Adira enggan mengulas lanjut mengenai pengorbanan yang dilakukan sejak lima tahun kebelakang supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan.
Terdahulu, Datuk Red mendedahkan dirinya sudah lama diisytihar bankrap dan terpaksa menumpang belas ihsan isteri kedua, Adira.
Baca juga: