Pelakon popular Hannah Delisha mengatakan tidak sedar dirinya mengalami keguguran kerana tiada mempamerkan sebarang perubahan atau simptom.
Hannah atau Hannah Adlina Blackburne Birch, 28, berkata, dia hanya mengetahui keguguran itu selepas nadi janin dalam kandungannya tiada.
Katanya, keguguran itu berlaku ketiga kandungan bayi berusia tiga bulan.
“Tiada simptom keguguran, tiada pendarahan atau rasa sakit. Maksdunya keguguran terlepas atau ‘missed miscarriage’.
“Saya dan suami (Iman Shah) pergi melakukan imbasan ketika kandungan masuk minggu 12, namun doktor memaklumkan tiada degupan jantung,” katanya memetik mStar.
Tambahnya, doktor menjangkakan bayinya sudah meninggal dunia sejak minggu kelapan.
“Doktor mengganggarkan kandungan saya sudah masuk 13 minggu, tetapi monitor menunjukkan saiz janin lapan minggu.
“Apa buat saya down (kecewa), rupanya sebulan bayi saya sudah tidak bernyawa,” katanya.
Sebaik sahaja mengenai perkara itu, pelakon drama Lelaki Itu melakukan pembedahan bagi mengeluarkan janis.
Untuk rekod, Hannah mendirikan rumah tangga dengan Iman Shah pada 2021 dalam sebuah majlis di Singapura.
Baca juga: