Bomba guna khidmat anjing pengesan jejak ibu dan anak dikhuatiri lemas

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) bagi mengesan dua mangsa yang dikhuatiri lemas di sungai di Seri Kembangan, Selangor pada Ahad.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, dua ekor anjing pengesan iaitu Lady baka jenis Labrador Retriever dan Cross baka jenis English Springer Spaniel telah digunakan dalam usaha pencarian tersebut.

“Sepasukan 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang telah ditugaskan ke lokasi kejadian.

“Pasukan penyelamat telah dibahagikan kepada tiga kumpulan dengan keluasan pencarian sehingga 6 kilometer dari lokasi mangsa terjatuh,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, niat lima beranak untuk menjala ikan di sebatang sungai berakhir dengan tragedi apabila mereka terlibat dalam kejadian kepala air.

Dalam kejadian itu, seorang bapa dan anak lelaki berusia sembila tahun dilaporkan selamat, manakala ibu bersama anak perempuan berusia empat tahun telah hanyut sementara anak lelaki berusia 10 tahun ditemui mati lemas.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat