“Kalau suami hilang, cari di rumah kawan…” – Peminat bersorak dengar petua Bella Astillah kongsi cara cari suami hilang

Nama pelakon dan penyanyi Bella Astillah sekali lagi menuai perhatian menerusi perkongsian dalam tip atau cara untuk menjejaki suami yang hilang.

Difahamkan, kejadian itu berlaku saat Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 29, ingin membuat persembahan pentas di sebuah acara.

Katanya, cara untuk mencari suami yang hilang ialah dengan mencarinya di rumah kawan. 

“Mestilah risau jika suami hilang, tapi saya ada tip cara untuk cari suami hilang. 

“Kalau suami hilang, carilah di rumah kawan,” ujarnya dalam sebuah video yang tular di TikTok. 

Kenyataan Bella itu lantas mendapat sorakan dan tepukan daripada penonton yang hadir untuk melihat persembahan nyanyiannya. 

Sebelum ini, Bella dan suami, Aliff Aziz hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan kuala Lumpur bagi perbicaraan kes penceraian mereka. 

Bagaimanapun, suami yang juga pelakon dan penyanyi itu enggan melepaskan dirinya selain mengakui masih sayangkan Bella dan anak-anak. 

Susulan itu, mahkamah memerintahkan pasangan selebriti berkenaan hadir bagi proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada 4 Jun depan. 

Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, mendirikan rumah tangga dengan Bella pada 9 September 2016, namun, pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh edah.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat