Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut, Terengganu melancarkan Op Selamat 22 bagi memastikan kelancaran lalu lintas dan keselamatan di jalan raya terjamin di samping mengurangkan kadar jenayah harta benda.
Menurut Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad, operasi itu akan bermula pada 8 hingga 13 April dengan pendekatan Total Enforcement dan Penyuaraian Trafik (Service) di lokasi-lokasi panas yang sering berlaku kemalangan.
“Selain itu, IPD Besut turut fokus kepada pengurangan jenayah harta benda seperti kes-kes pecah rumah terutamanya rumah-rumah yang ditinggalkan semasa musim perayaan.
“Pihak polis akan melakukan rondaan berkala di kawasan kampung, taman perumahan, premis perniagaan serta pusat ibadat,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Abdul Rozak turut berkata pemilik kediaman dan premis perniagaan untuk memuat turun aplikasi Volunteer Smartphone Parol (VSP) untuk digunakan sepanjang meninggalkan kediaman mereka.
Polis Besut turut menasihati orang ramai untuk patuh kepada undang-undang bagi mengurangkan kes kemalangan dan jenayah di daerah berkenaan.
Baca juga: