“Nampak sangat orang perempuan tak bersedia…” Timbalan Mufti Pahang tegur lagu Alamak Raya Lagi, bimbang gaya lama makin dilupakan

Timbalan Mufti Pahang, Datuk Badlishah Alauddin meluahkan rasa kesal terhadap lagu Alamak Raya Lagi nyanyian penyanyi berkumpulan wanita popular, De Fam yang dianggap tidak cakna dan peka terhadap persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Berdasarkan satu rakaman video yang tular di TikTok, Badlishah berkata, agama Islam mengajar umatnya untuk bersedia dan sentiasa berada dalam keadaan waspada.

“Orang yang tidak waspada ini, adalah orang yang selalu menganggap, meremehkan sesuatu perintah Allah.

“Dan mereka hanya terhegeh-hegeh bila sampai masanya. Kalau engkau meremehkan perintah Allah, tiada buat persediaan, melambat-lambatkan, maka percayalah Allah akan memperlambatkan daripada redaNya kepada kamu,” ujarnya ketika mengulas mengenai kata ulama Imam Abu Bakr Az-Zur’ie.

Video berdurasi dua minit sembilan saat itu turut merangkumi nasihat serta teguran kepada anak muda yang terlampau leka dengan gadjet dan alam maya sehingga tidak sedar waktu sudah berlalu.

“Tiada isu dengan alamak, alamak. Tetapi nampak sangat awak (kalian) orang perempuan ini tak bersedia. Mana beleh begitu, nampak sangat orang muda di luar sana sibuk sangat asyik bermain telefon,” katanya.

Berdasarkan video itu, beliau urut berkata, bahawa dalam kehidupan seharian, kita semestinya perlu membuat persiapan supaya tidak terburu-buru atau berada dalam keadaan yang tidak tentu arah dalam menyiapkan sesuatu perkara.

Sementara itu, penceramah bebas itu memberikan satu situasi sebagai contoh dengan mengaitkan lagu raya popular tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial masih menyokong artis tempatan tersebut dan memahami maksud disebalik nasihat beserta contoh yang diberikan menerusi video itu.

“Maksudnya lagu tu popular lah sebab sampai ustaz pun dengar kan,” kata Dwi Striya.

“Saya rasa lagu ni lagi elok daripada lagu Aliff Syukri tu, sekurang-kurangnya buat sebelum puasa. Ni masa puasa dah masuk Ramadan baru nak keluar lagu entah apa apa tu,” kata Lucy.

“Maksud Ustaz Bad lebih kepada bukan lagu Alamak Raya Lagi tapi lebih kepada persediaan yang tak serius menyambut hari mulia Aidilfitri,” kata Fadlir.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat