Mayat tanpa identiti ditemui di lereng bukit Genting Highlands

Polis Daerah Bentong mengesahkan penemuan satu mayat tidak dikenal pasti identitinya di lereng bukit Kilometer 15.1 Genting Highlands, Bentong, Pahang yang dijumpai oleh awam kira-kira pukul 3.40 petang, Ahad.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati mayat tersebut dijumpai di kawasan berkenaan yang kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk dibedah siasat.

“Buat masa ini, kes disiasat sebagai mati mengejut sementara menunggu hasil laporan penuh bedah siasat.

“Pihak polis turut memohon kerjasama orang ramai sekiranya kehilangan ahli keluarga untuk tampil membuat laporan polis di balai polis berhampiran,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Dalam pada itu, Zaiham turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian berkenaan untuk tampil membantu siasatan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat