Rumah tangga Datuk Red, Adira berakhir perceraian dengan talak satu

Penyanyi tanah air, Adira Suhaimi sah bercerai talak satu dengan suaminya, Datuk Seri Adnan Abu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang Selangor.

Adnan Abu, atau lebih dikenali Datuk Red, 43 melafazkan cerai talak satu itu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Umar selepas mahkamah membenarkan permohonan Adira selaku plaintif mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Dalam masa sama, Adira juga bersetuju untuk tidak menuntut sebarang nafkah terhadap Adnan.

Difahamkan, Adira memfailkan penceraian pada 25 Oktober 2023 selepas mendakwa tiada lagi persefahaman antaranya dan juga suaminya.

Walaupun begitu, Adnan Abu yang mahu menyelamatkan rumah tangga mereka tidak bersetuju dengan permohonan tersebut.

Sebelum ini, pada 1 April 2019, Adira juga pernah memfailkan permohonan cerai terhadap Adnan Abu.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 32 tahun itu menarik semula permohonan tersebut kerana mahu memberi peluang kedua kepada suaminya.

Untuk info, mereka telah mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 dan berkahwin di Songkhla, Thailand.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata yang berusia antara dua tahun hingga tujuh tahun.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat