Polis kesan dua lelaki bergaduh di Jalan Pending

Pihak polis giat mengesan dua individu yang terlibat dalam pergaduhan di Jalan Pending, Kuching dipercayai tular di media sosial pada Selasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, Ahsmon Bajah, satu laporan polis telah diterima berhubung kejadian pergaduhan di atas jalan raya di Jalan Pending, Kuching, Sarawak.

“Hasil siasatan mendapati punca pergaduhan adalah disebabkan perasaan tidak puas hati oleh pemandu lori kerana tidak diberi laluan.

“Dalam pada itu, kes disiasat di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan dan penjara selama setahun atau dengan denda sehingga RM2,000, atau kedua-duanya sekali.

“Manakala, bagi Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam masa sama, pihak polis masih dalam tindakan mengesan suspek yang terlibat.

“Kami menyeru kerjasama orang ramai untuk tampil menyalurkan maklumat berkaitan kejadian ini dan menghubungi Pusat Kawalan IPD Kuching di talian 082-244444 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Terdahulu, satu video tular berdurasi 20 saat daripada aplikasi X orang awam berkaitan kejadian pergaduhan antara dua individu di atas jalan raya di Jalan Pending, Kuching, Sarawak.

Video tular tersebut memaparkan dua individu yang merupakan dua orang lelaki sedang bergelut dan memukul antara satu sama lain.

Baca juga: