Sebuah rumah dua tingkat terbakar 5 peratus di Taman Medan, Kamunting, Perak pada Rabu pukul 3.37 petang.
Menurut jurucakap bomba di satu kenyataan, seramai 17 anggota digerakkan ke lokasi kejadian bersama dua jentera FRT dan satu unit kenderaan EMRS.
Pegawai Bomba Kanan Ilyas Ramli berkata, kebakaran tersebut melibatkan bahagian bilik tidur sebuah rumah dua tingkat.
“Setelah tiba di lokasi, bahagian bilik tidur dengan keluasan berukuran 10×10 kaki persegi terbakar 5 peratus.
“Seorang mangsa OKU didapati mengalami sawan kerana melihat kebakaran tersebut dan telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.
Tambahnya lagi, anggota bomba menggunakan teknik size-up seterusnya mengaplikasikan konsep RECEO untuk operasi pemadaman api.
Baca juga: