Enjin pesawat Garuda Indonesia terbakar

Sebuah pesawat yang membawa 468 orang dari Indonesia ke Arab Saudi melakukan pendaratan cemas pada Rabu akibat kebakaran enjin.

Insiden tersebut dilaporkan oleh syarikat penerbangan Garuda Indonesia, berlaku insiden terbaharu dalam rekod keselamatan penerbangan rantau tersebut.

Syarikat penerbangan Indonesia itu berkata, pesawat Boeing 747-400 penerbangan Garuda-1105 ke Madinah itu kembali ke lapangan terbang asalnya di bandar Makassar Indonesia pada pukul 5.15 petang.

Presiden Pengarah Garuda, Irfan Setiaputra dalam satu kenyataan melaporkan, tiada sebarang kecederaan penumpang dilaporkan.

“Keputusan itu dibuat oleh juruterbang sejurus selepas berlepas, memandangkan masalah enjin yang memerlukan pemeriksaan lanjut selepas percikan api diperhatikan dalam salah sebuah enjin.

“Pesawat berkenaan membawa 450 penumpang dan 18 anak kapal dalam penerbangan itu termasuk jemaah haji,” katanya.

Susulan itu, kesemua penumpang dipindahkan ke sebuah penginapan sebelum menaiki penerbangan gantian pada Rabu ke Arab Saudi.

Memetik laporan dari Astro Awani, rakaman yang disiarkan di media sosial, yang belum disahkan oleh AFP, dikatakan menunjukkan enjin pesawat itu terbakar ketika ia berlepas.

Walaubagaimanapun, pesawat berkenaan kini sedang disiasat pihak berwajib.

Baca juga:

https://malaysiabangkit.com/2024/05/16/maritim-tahan-bot-nelayan-warga-laos-langgar-syarat-lesen

Anda Mungkin Berminat