Lelaki cedera ketika mengisi minyak kereta dalam letupan di Perlis

Seorang lelaki cedera ketika mengisi minyak kereta berpunca dari letupan di Stesen Minyak Petron Repoh, Kangar, Perlis pada 17 Mei 2024.

Jabatan Balai Polis Malaysia Negeri Perlis memaklumkan perkara tersebut selepas mendapat laporan kecemasan pada pukul 4.04 petang mengenai sebuah kenderaan Proton Iswara Aeroback yang terlibat dalam kebakaran.

Menurut Pegawai Operasi, PBK I Safry Romly , kereta terbabit musnah sebanyak 50 peratus.

“Kejadian berlaku ketika pemilik kenderaan yang juga seorang lelaki, sedang mengisi minyak sebelum berlaku letupan secara tiba-tiba yang menyebabkan mangsa mengalami kecederaan ringan di bahagian tangan akibat serpihan cermin yang pecah.

“Letupan tersebut turut menyebabkan berlaku kerosakan di bahagian bumbung stesen minyak berkenaan.

“Orang awam yang berada di kawasan tersebut turut membantu dengan memadamkan kebakaran menggunakan Alat Pemadam Api bagi mengawal kebakaran sebelum pihak bomba tiba,” Jelasnya.

Anggota Bomba bertindak menyambung kerja-kerja pemadaman meggunakan alir salur bantu daripada jentera bagi mengawal dan memadamkan kebaran sejurus selepas tiba dilokasi kejadian.

Mangsa yang tercedera telah diserahkan kepada petugas ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Baca Juga :

Anda Mungkin Berminat