Video tular di media sosial dipercayai melibatkan sekumpulan remaja memasak di stesen minyak pada 12 Mei lalu.
Difahamkan, Fadhli Zil Ikram Sazalin Isran, Nur Fatin Irdina Shahrulnizam, Nur Azira Azman dan Nur Anis Salleh bersalah atas tuduhan tersebut dan meminta hukuman denda dikurangkan ketika perbicaraan berlangsung di Mahkahmah Majistret Bentong, Pahang pada Selasa.
Dalam sesi prosiding, tertuduh yang terdiri daripada tiga orang lelaki dan dua orang perempuan dipercayai berumur lingkungan 23 hingga 24 tahun.
Menurut salah seorang tertuduh, beliau menyatakan mereka bertindak sedemikian kerana menganggap tempat tindakan memasak itu jauh dari ‘nozel’ minyak dan ia berdekatan arah laluan ke tandas.
“Perbuatan tersebut adalah secara rawak kerana kami telah lapar dan tanpa memikirkan bahaya yang timbul di kawasan stesen minyak berkenaan.
“Kami mengakui kesilapan tersebut dan memberitahu mahkamah pada awalnya kami merancang untuk memasak di tempat lain namun sudah penuh,” jelasnya.
Terdahulu, tertuduh menyatakan kira-kira pukul 1.30 pagi pada 12 Mei lalu dengan persetujuan bersama telah bertindak memasak menggunakan dapur gas di dalam kawasan sebuah stesen minyak di Genting Highlands.
Perbuatan tersebut disifatkan sebagai gopoh kerana telah membahayakan keselamatan dan nyawa orang lain.
Justeru itu, mereka yang bersalah dituduh di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Akta sama sekaligus dikenakan hukuman denda berjumlah RM500.
Baca juga :