Kementerian Luar Negeri melalui Suruhanjaya-Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka dan New Delhi sedang memantau rapat impak susulan Siklon Remal yang melanda persisiran pantai Bangladesh dan Bengal Barat, India pada 26 Mei 2024.
Menurut kenyataan rasmi Wisma Putra, rakyat Malaysia yang terjejas di kawasan tersebut dinasihati agar sentiasa berwaspada dan mengikut perkembangan terkini.
“Rakyat Malaysia perlu mematuhi arahan dan panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan dari semasa ke semasa.
“Selain itu, bagi mereka yang memerlukan bantuan konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut dinasihatkan untuk menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka yang beralamat House No.19, Road No. 6 Baridhara Diplomatic Enclave serta boleh terus menghubungi talian +88 018 4179 8077 atau emel ke mwdhaka@kln.gov.my,” katanya menerusi satu kenyataan, pada Selasa.
Manakala di kawasan New Delhi boleh terus ke alamat 50-CM, Satya Marg, Chanakyapuri, New Delhi atau boleh terus menghubungi talian +91 859 555094.
Selain itu, sebarang perkembangan terkini mengenai kejadian itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Sementara itu, sekurang-kurangnya 10 orang telah terbunuh di daerah pantai Bangladesh dan kini dua lagi terbunuh di India, manakala, berjuta-juta anggaran orang yang terjejas oleh Siklon tropika itu.
Dalam masa sama, perkhidmatan telekomunikasi dan penerbangan mengalami kerosakan harta benda di kawasan terlibat kerana taufan tersebut.
Baca juga: