Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal merasmikan Majlis Perasmian Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 yang berlangsung pada 30 Mei 2024 pada pukul 3.00 petang di Pentas Utama, Pusat Dagangan Dunia, WTCKL.
PBAKL bermula pada 24 Mei hingga 2 Jun 2024 dan diadakan secara hibrid iaitu bersemuka dan secara dalam talian dalam usaha memartabatkan buku sebagai sumber ilmu pengetahuan.
Dalam pada itu, PBAKL merupakan satu acara tahunan yang memperingatkan kepada seluruh lapisan masyarakat tidak mengira usia akan kasih dan cinta terhadap buku dan sastera.
Ia merupakan sebuah pesta buku terkemuka yang diadakan di Kuala Lumpur sejak bermulanya pada tahun 1981.
Dalam masa sama, PBAKL telah menjadi salah satu acara yang dinanti-nantikan oleh para peminat buku dan pembaca tegar.

Istimewanya, terdapat lebih 30 senarai pelan lantai (booth) dan pelbagai aktiviti menari yang disediakan buat
Justeru itu, bagi Majlis Penutupan pula akan berlangsung pada 2 Jun 2024 pada pukul 8.00 malam di tempat yang sama akan disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Baca juga: