Sarah Nava Rani dilantik sebagai wakil tetap Malaysia ke ASEAN di Jakarta

Datin Sarah Nava Rani Al Bakri Devadason dilantik sebagai Wakil Tetap Malaysia ke Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) di Jakarta, Indonesia berkuatkuasa pada Khamis.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar Negeri, pelantikan tersebut telah diputuskan oleh kerajaan Malaysia atas pengalaman beliau di Kementerian Luar Negeri sebelum ini.

“Beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Bahagian, Bahagian Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan serta Timbalan Ketua Pengarah di Jabatan Perancangan Dasar dan Strategi.

“Sebelum itu, beliau juga pernah bertugas sebagai Ketua Penolong Setiausaha di Bahagian Hal Ehwal Wilayah dan Maritim,” kata kenyataan tersebut.

Terdahulu, Sarah juga pernah memegang jawatan Duta Besar Malaysua ke Jerman dari tahun 2017 hingga 2020 selepas ditugaskan di Perutusan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York, Amerika Syarikat.

Beliau memulakan kerjayanya dalam kementerian selepas dilantik menjadi Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Kementerian Pertahanan pada tahun 1994 sebelum beralih ke Kementerian Luar Negeri pada 1996.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat