Rumah hangus dijilat api di Permatang Pauh

Sebuah rumah hangus terbakar dalam satu kebakaran terletak di Kampung Pertama, Permatang Pauh, Pulau Pinang kira-kira pada pukul 4.22 pagi, Jumaat.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang melaporkan kebakaran tersebut melibatkan sebuah rumah dua tingkat jenis Kelas B dan berkeluasan 50×60 kaki per segi.

“Kebakaran tersebut dianggar mengalami kemusnahan kebakaran sebanyak 80 peratus, sebelum Anggota Bomba bertindak melakukan kerja-kerja pemadaman dan mengawal kebakaran

“Seramai 22 orang anggota Bomba dari BBP Penanti, BBP Bandar Perda, BBP Perai, BBP Kepala Batas digerakkan ke lokasi kejadian bersama dengan 2 jentera FRT, LFRT, dan ‘Water Tanker’,” jelas Komander Operasi yang diketuai PBK II Azahari Ahmad menerusi satu kenyataan di Facebook.

Tambahnya lagi, tiada mangsa terlibat dalam kebakaran itu.

Pihak bomba dilaporkan telah berjaya memadam kebakaran tersebut pada pukul 5.07 pagi dan tamat beroperasi sekitar pukul 4.45 pagi sebelum diserahkan tugas kepada unit FIO bagi melakukan penyiasatan terperinci.

Baca juga :

Anda Mungkin Berminat