Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas usaha Perdana Menteri atas pengumuman pemberian baucar buku RM50.
Menurut KPM, pihaknya akan menyalurkan pemberian baucar RM50 kepada murid Tahun 4 hingga Tahun 6 dan RM100 kepada pelajar sekolah menengah, penuntut IPG dan IPT bermula Jumaat.
“Pengumuman Perdana Menteri mencerminkan keprihatinan beliau terhadap kepentingan menyemai minat membaca dalam kalangan pelajar.
“Hal ini selari dengan usaha KPM untuk mempertingkatkan budaya membaca dalam kalangan pelajar menerusi penganjuran pelbagai program galakan di setiap peringkat,” katanya.
Tambahnya lagi, pemberian baucar adalah menerusi aplikasi DELIMa menggunakan kaedah seperti yang tertera di bawah.
- Pelajar log masuk aplikasi DELIMa menggunakan id/password dan klik ikon Kota Buku Digital.
- Murid/ pelajar mendaftar akaun di Kota Buku Digital dan kredit akan dipapar di akaun masing-masing.
- Murid/ pelajar boleh memilih judul yang disukai daripada kepelbagaian judul yang ada terutamanya daripada JUDUL CADANGAN MADANI.
- Setelah selesai memilih, murid/pelajar boleh daftar keluar (check-out) dan memilih pilihan bayaran kredit e-kedai (e-store credit).
- Buku yang dibeli akan dihantar terus ke alamat yang didaftarkan.
Pemberian baucar buku seperti diumumkan YAB Perdana Menteri adalah langkah ke hadapan yang menjadi pencetus kepada melahirkan generasi berilmu, pewaris masa hadapan Malaysia MADANI.
Baca juga: