Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) menggesa wakil-wakil kerajaan Malaysia, khususnya para Menteri yang bakal menghadiri majlis resepsi sambutan 248 Tahun Kemerdekaan Amerika Syarikat (AS), pada 10 Jun ini di Mandarin Oriental Kuala Lumpur.
Penyelaras Media Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) Nur Hafizah menerusi satu kenyataan Facebook berkata, pada majlis tersebut mereka boleh memakai lambang Palestin bagi mencerminkan semangat solidariti rakyat Malaysia dan kerajaan MADANI bersama negara Palestin.
“Semua yang hadir disarankan mengenakan simbol Palestin bersama pakaian mereka. Sama ada lencana, kufeiyyah, selendang, atau apa-apa yang simbolik dengan Palestin.
“Marilah kita menjadi peringatan fizikal kepada Amerika bahawa kita tidak melupakan dosa yang telah mereka berikan untuk membantu Israel meneruskan peperangan dengan bantuan senjata yang diberikan selama ini.
“Perayaan ini seharusnya diperingati bersama realisasi bahawa negara Palestin dan rakyatnya juga bercita-cita untuk bebas dan merdeka namun kerajaan AS melakukan sebaliknya, mereka mempunyai tanggungjawab untuk menghentikan pembunuhan dan kekejaman yang dilakukan sekutunya itu.
“Belum pernah berlaku dalam sejarah umat manusia yang kita menyaksikan pembunuhan beramai-ramai atau genosida berlaku secara langsung melalui skrin komputer dan telefon pintar kita. Kami mendesak AS menghentikan segera eksport senjata ke Israel, bagi menghormati kedaulatan undang-undang antarabangsa,” katanya.
Terdahulu, Mahkmah Keadilan Antarabangsa (International Court of Justice) telah mengeluarkan amaran kepada ketenteraan Israel bagi menghentikan segala ketenteraan serta merta dan aliran bantuan ke Gaza difalitasikan namun tidak diendah.
Dalam masa yang sama, kerajaan AS terus mempersenjatai dan menyokong Israel melalui penyediaan dana dan senjata.
Baca juga :