Leong Jun Hao cipta kejutan tewaskan no.11 dunia untuk mara ke Suku Akhir Terbuka Indonesia 2024

Pemain perseorangan badminton negara, Leong Jun Hao mencipta kejutan apabila berjaya menundukkan pemain di ranking no.11 dunia dari Taiwan, Chou Tien Chen untuk mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia 2024.

Perlawanan yang berlangsung di Istora Gelora Bung Karno itu menyaksikan Jung Hao menewaskan jaguh Taiwan itu dalam aksi rubber set 18-21,21-13, 17-21 yang berlangsung selama 1 jam 7 minit.

Pemain berusia 24 tahun itu dijadualkan bertemu pilihan ke-6 kejohanan dari China, Li Shi Feng dalam aksi Suku Akhir, esok.

Kejayaan itu diekori satu lagi wakil negara, Man Wei Chong- Kai Wun Tee apabila pasangan regu lelaki negara berjaya menundukkan lawan dari Denmark dalam aksi rubber set 18-21,21-19,12-21 selepas berjuang selama 1 jam 1 minit.

Pasangan muda negara itu bakal menentang lawan dari Taiwan Lu Ching Yao – Yang Po Han setelah pasangan itu menewaskan gandingan utama negara, Aaron Chia- Soh Wooi Yik dalam aksi straight set 16-21,14-21 selepas bermain selama 38 minit.

Manakala satu lagi aksi sebelah petang, pasangan regu negara, Goh Sze Fei – Nur Izzudin Rumsani turut menempah slot ke suku akhir apabila menang ke atas pasangan muda dari Indonesia Leo Rolly Carnando- Daniel Marthin dalam aksi rubber set.

Set pertama, gandingan negara kecundang 21-16 sebelum bangkit dan menang set kedua bagi menyamakan kedudukan 16-21 untuk membawa permainan ke set penentuan.

Set penentuan, pasangan negara bermain dengan aksi garang sebelum meninggalkan lawan jauh kebelakang sekaligus menoktahkan kemenangan 12-21 selepas 51 minit berada di atas gelanggang.

Baca juga :

Anda Mungkin Berminat