Musim panas bermula dan lokasi seperti kolam renang, tempat berteduh serta memakan aiskrim menjadi tumpuan kerana gelombang haba yang melanda telah memecahkan rekod dibeberapa negeri di Amerika Syarikat.
Dalam pada itu, New York turut membuka pantai dan kolam awam lebih awal kepada orang ramai semasa cuti Juneteenth pada Rabu.
Menurut pelan kecemasan haba, New York turut membuka pusat pendinginan buat kali pertama pada tahun ini.
Selain itu, Chicago telah mencatatkan suhu 36.11 darjah Celsius di Lapangan Terbang Antarabangsa O’Hare Chicago pada Isnin lalu sekali gus memecah rekod 35.56 Celsius pada 1957.
Suhu sekitar mencecah 32.78 Celsius pada Selasa, dengan indeks haba, yang mengambil kira suhu dan kelembapan untuk mengukur sejauh mana panas yang dirasai sekali gus mencatat 35 Celsius.
Sementara itu, ahli meteorologi Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS), Marc Chenard memaklumkan Detroit dan Philadelphia, serta bandar-bandar di New Hampshire, Connecticut, dan Maine juga dijangka mencatat suhu yang mungkin memecahkan rekod dalam beberapa hari akan datang. – Agensi
Baca juga: