Kubur wanita digali individu tidak dikenali, ambil ‘tali pocong’

Sebuah kubur seorang wanita digali oleh individu tidak dikenali di Desa Plampangrejo, Kecamatan, Indonesia.

Perkara tersebut disahkan oleh ketua kampung berkenaan, Yudi Wiyono setelah diberitahu oleh penjaga kubur di situ.

Dia memaklumkan kejadian itu dipercayai berlaku pada waktu malam dan hanya disedari oleh penjaga kubur berkenaan pada keesokan paginya selepas melihat ada kesan kubur digali.

Kubur berkenaan merupakan kubur seorang perempuan yang dikenali sebagai ED, yang meninggal minggu lalu kerana sakit.

Jenazah masih berada dalam keadaan baik kerana pelaku hanya mengambil dua utas tali putih pengikat kain kafan jenazah atau lebih dikenali sebagai ‘tali pocong’.

Dipercayai tujuan ‘tali pocong’ itu dicuri adalah untuk dijadikan syarat dalam ritual ilmu ghaib.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat