Pempengaruh guna nama ‘Ustaz’ digesa dikenakan tindakan segera

Masyarakat tempatan menggesa pihak bertanggungjawab bagi melakukan tindakan ke atas Pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Ustaz Tido atas kontroversi yang dicetuskan menerusi akaun tiktoknya semenjak kebelakangan ini.

Sebuah klip video tular di media sosial yang memaparkan individu berkenaan berjoget-joget ketika mengadakan kelas ‘mengaji’ Al-Quran secara dalam talian.

Video yang dipotong berdurasi 29 saat itu menerima perhatian ramai pihak yang mengungkapkan pempengaruh media sosial berkenaan menunjukkan perangai tidak baik kepada pengikut-pengikutnya apatah lagi beliau menggunakan gelaran suci ‘ustaz’.

Pada Khamis lalu, individu terbabit turut tular disebabkan menengking pengikutnya yang juga dipercayai merupakan seorang wanita yang dikatakan hendak belajar mengaji.

Wanita berkenaan dipaksa dan ditengking pempengaruh terbabit ekoran tidak mahu mengikuti arahannya untuk membuka kamera.

Insiden terbabit mencetuskan pelbagai spekulasi dan tanda tanya atas tindakannya yang dianggap kasar dan tidak munasabah, dan rata-rata masyarakat mempersoalkan status pempengaruh itu adalah ustaz yang diperakui ataupun tidak.

Masyarakat turut menggesa pihak bertanggungjawab bagi mengenakan tindakan ke atas Ustaz Tido itu yang bakal memberikan ancaman dan pengaruh kurang baik kepada agama serta ajaran yang akan membahayakan orang islam di Malaysia.

Baca juga: