Pihak polis telah menyerbu 14 premis yang menjalankan aktiviti mencuri arus elektrik untuk melombong ‘bitcoin’ di kawasan Kota Setar, Kedah pada Rabu.
Ketua Polis Kedah, Komisioner Polis Datuk Fisol Salleh berkata, serbuan tersebut dilakukan dalam operasi ‘Ops Letrik’.
”Hasil serbuan berjaya menahan tiga lelaki warga tempatan dan didapati dua daripadanya mempunyai rekod jenayah.
”Sehubungan itu, keputusan ujian saringan air kencing mendapati ketiga-tiga mereka yang ditahan adalah negatif dadah,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, hasil serbuan juga berjaya merampas sebanyak 564 Mesin Mining Bitcoin.
”Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37(3) Akta Bekalan Elektrik.
”Selain itu, kesalahan dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya.
Manakala, hukuman bagi Seksyen 37(3) Akta Bekalan Elektrik didenda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Baca juga: