Lelaki cedera parah kemalangan kereta dan treler di Ulu Tiram

Seorang lelaki cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan treler di Batu 14, Sungai Tiram, Ulu Tiram, Johor pada pukul 11.30 pagi hari Rabu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak melaporkan mangsa merupakan pemandu kereta jenis Proton Wira yang memandu menghala ke bandar Tiram.

“Kemalangan terjadi apabila pemandu treler membelok ke simpang kanan dan kereta yang dipandu mangsa tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian tengah treler tersebut.

“Akibat kemalangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian muka serta kepala dan dia telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Sohaimi turut menyatakan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, pihak polis turut menasihati orang ramai terutamanya pengguna jalan raya untuk mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa kemalangan jalan raya.

Baca juga: