Seekor kucing di Johor Bahru dilaporkan didera pemiliknya

Polis Daerah Johor Bahru Utara melaporkan sedang melakukan siasatan ke atas sebuah video tular di laman media sosial yang memaparkan seekor kucing didera oleh pemiliknya dalam satu kejadian yang berlaku berhampiran Jalan Kejayaan 43, Taman Universiti, Skudai, Johor Bahru pada 15 Julai lalu.

Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Balveer Singh Mahindar Singh melaporkan pihak mereka ketika ini sedang mengesan kejadian terbabit.

“Pihak kami telah selesai mengesan ciapan video yang dimuat naik China Cats Protection di laman X yang memaparkan seorang lelaki telah melakukan penderaan terhadap seekor kucing.

“Pada 4 Disember 2023 lalu, pada pukul 5.12 petang sebuah laporan telah dilakukan oleh pegawai veterinar.

“Kes ini turut telah dirujuk kepada Jabatan Veterinar Negeri Johor dan pihak berkuasa ketika ini sedang menjalankan siasatan di bawah Seksyen 29(1)(6) Akta Kebajikan Haiwan 2015,” katanya.

Jika suspek disabit kesalahan, tertuduh boleh dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 29 (1) Akta sama yang memperuntukkan hukuman denda minimum sebanyak RM20,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat