Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengucapkan selamat berangkat kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Pangkalan Udara Subang.
Sultan Brunei serta delegasinya berangkat pulang pada pukul 12.00 tengah hari tadi menggunakan pesawat khas.
Terdahulu, baginda turut berkenan menerima menghadap bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan kerjasama dua hala kedua-dua negara.
Manakala, Raja Bahrain, Sheikh Hamad Isa Al Khalifa berangkat pulang menaiki pesawat khas pada pukul 12.00 tengah hari di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor.
Kepulangan baginda dan deligasinya turut diiringi oleh Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar Ibrahim.
Turut hadir pada majlis keberangkatan pulang tersebut ialah Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Baginda diiringi kawalan kehormat dari Battalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) yang diketuai oleh Kapten Raja Azri Syahir Raja Zulkifli.

Sultan Brunei dan Raja Bahrain berkenan hadir ke Malaysia sempena menghadiri Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 serta Majlis Santapan Diraja yang berlangsung di Istana Negara, ibu negara, pada Sabtu.