Pasukan bola sepak, Manchester United akan tamatkan saingan ke atas Arsenal dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan mengikut ramalan bekas pemain tengah Liverpool, Didi Hamann.
Media melaporkan, The Red Devils berada dalam situasi yang agak teruk pada musim lalu sebelum Manchester City bergelar pemenang Piala FA.
Walaubagaimanapun, United memutuskan untuk terus bersama Ten Hag walaupun terdapat laporan bahawa Red Devils akan memecatnya sebelum perlawanan akhir Piala FA, namun, kini memilih untuk menyokongnya dengan janji kemasukan pemain baru.
Sementara itu, Arsenal berjaya tampil dengan prestasi yang baik dan meningkat di bawah naungan Mikel Arteta serta sekali lagi mengakhiri saingan EPL di kedudukan kedua.
Hamann lebih yakin bahawa Manchester United akan menamatkan saingan di atas Arsenal musim depan kerana dia percaya pasukan Arteta telah terlepas peluang untuk memenangi kejuaraan.
“Tetapi, saya tidak pasti tentang Arsenal kerana mereka telah terlepas peluang.
“Saya akan memilih Manchester City, Manchester United jika mereka membuat pembelian pemain yang tepat kemudian Arsenal di tempat ketiga dan Liverpool di tempat keempat.
“Saya rasa United akan melakukannya dengan baik musim depan. Jelas sekali, Kobbie Mainoo telah menyerlah di Euro dan dia akan memainkan peranan utama,” katanya.
Baca juga: