Olimpik Paris 2024 belum mula secara rasmi, Jurulatih Kanada dihantar pulang akibat dron

Beberapa hari sebelum Olimpik Paris 2024 bermula secara rasmi pada Jumaat ini, timbul satu skandal yang menggemparkan dunia apabila Jurulatih dari Kanada di hantar pulang ke negara mereka.

Perkara itu dimaklumkan Jawatankuasa Olimpik Kanada yang mengumumkan telah menghantar pulang seorang penolong jurulatih bola sepak wanita dan seorang penganalisis bola sepak Kanada selepas tuduhan mengintip pihak lawan pada Selasa.

Menurut USAToday, Pasukan bola sepak wanita New Zealand melaporkan sesi latihannya diganggu oleh dron-dron yang dikendalikan oleh seorang kakitangan pasukan bola sepak wanita Kanada pada hari kejadian.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Olimpik Kanada (COC) mengakui perbuatan tersebut menerusi satu kenyataan dengan menyatakan terdapat dua insiden dron terbang di sekitar bandar Saint-Étienne, tempat di mana kedua-dua pasukan itu akan mula bermain pada Khamis.

Dengan pengakuan tersebut, COC telah mengeluarkan penolong jurulatih, Jasmine Mander dan penganalisis Joseph Lombardi daripada pasukan mereka.

Sekadar info, Olimpik Paris 2024 dijadualkan berlangsung pada 26 Julai ini sehingga 11 Ogos 2024 yang turut menyaksikan penerjun negara, Betrand Rhodict dan pelayar, Nur Shazrin Mohamad Latif selaku pembawa Jalur Gemilang di acara pembukaan nanti.

Baca juga: