Remaja 17 tahun warga Indonesia hilang

Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun warga Indonesia dilaporkan hilang dari kediamannya di Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara Utama, Petaling Jaya sejak 30 Jun lalu.

Kehilangan mangsa dilaporkan oleh ibu bapanya pada 8 Julai lalu.

Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar, berkata remaja perempuan berkenaan kali terakhir dilihat berada di kediamannya di Lot 1115, Jalan SS 21/13 Kampung Sungai Kayu Ara pada jam 10 pagi, 30 Jun lalu.

“Orang hilang (OH) bernama Nurhusaidafauziyah Usih, berusia 17 tahun, berketinggian 165 sentimeter, berat 60 kilogram, berkulit gelap, mata coklat dan bibir nipis.

“Laporan polis berkaitan kehilangannya dibuat oleh ibu bapa mangsa. Difahamkan mangsa tidak bersekolah atau bekerja,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Shahrunizam berkata pihak polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan mangsa untuk segera tampil kepada pihak polis untuk membantu siasatan.

Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat