Paris 2024 : 2 wakil negara mara ke Suku Akhir

Dua wakil negara dalam badminton berjaya melayakkan diri ke Suku Akhir Sukan Olimpik Paris 2024 setelah menewaskan lawan masing-masing pada Ahad.

Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mengesahkan tiket ke suku akhir selepas mencatatkan kemenangan kedua beturut-turut mereka pada peringkat kumpulan.

Meskipun sudah layak, kedua-dua pasangan itu bakal menggalas cabaran sukar berdepan lawan dari China dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan bagi menentukan juara kumpulan mereka bagi memastikan saingan dalam peringkat pusingan kalah mati.

Beregu nombor empat dunia, Aaron-Wooi Yik, yang merupakan pemenang pingat gangsa edisi Tokyo 2020 menewaskan beregu Kanada, Adam Dong-Nyl Yakura, 21-10, 21-15 dalam perlawanan Kumpulan A yang berlangsung selama 40 minit.

Dalam pada itu gandingan campuran negara, Tang Jie-Ee Wei turut merekodkan kemenangan kedua dalam Kumpulan D dengan menewaskan gandingan Amerika Syarikat, Vinson Chiu-Jennie Gai 21-15, 24-22.

Sementara itu, dua lagi aksi yang membabitkan wakil negara Pearly Tan- M.Thinaah merangkul kemenangan pertama selepas menewaskan lawan dari Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dalam aksi rubber set,21-18,15-21,16-21.

Kemaraan itu diekori pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia yang menang mudah ke atas lawan dari Sri Lanka, Viren Nettasinghe 14-21,12-21 sekaligus menjadi wakil negara keempat yang memenangi saingan pada Ahad itu.

Baca juga:

https://malaysiabangkit.com/2024/07/27/kelibat-jurulatih-vietnam-di-sesi-latihan-goh-jin-wei-timbul-tanda-tanya/

Anda Mungkin Berminat