KKM sambut Hari Hepatitis Sedunia, cegah risiko daripada dijangkit

Sambutan Hari Hepatitis Sedunia 2024 disambut setiap tanggal 28 Julai setiap tahun oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di peringkat kebangsaan.

Dalam satu kenyataan, tema yang dibawakan pada tahun ini menekankan keperluan untuk berkolaborasi di dalam penyampaian perkhidmatan imunisasi, saringan, diagnosa, rawatan serta menggiatkan aktiviti advokasi di antara agensi kerajaan dan swasta bagi mencegah jangkitan hepatitis.

Secara tidak langsung, kolaborasi tersebut perlu diperkasakan bagi mencapai objektif untuk mengurangkan komplikasi penyakit hepatitis dan seterusnya mengurangkan kematian.

“Hepatitis adalah penyakit keradangan hati yang lazimnya disebabkan oleh jangkitan virus (viral hepatitis) iaitu virus hepatitis A,B,C, D atau E.

“Virus hepatitis A dan E biasanya berjangkit melalui pengambilan makanan atau air yang tercemar dan tidak membawa kepada penyakit yang kronik.

“Manakala, virus hepatitis B, C, D berjangkit melalui darah atau cecair badan dan boleh membawa kepada penyakit kronik yang merupakan punca utama kepada sirosis atau parut hati (liver cirrhosis) dan kansert hati,” katanya.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, jumlah keseluruhan kes hepatitis B di Malaysia yang dilaporkan bagi tempoh 2013 – 2023 adalah sebanyak 49,992 kes.

Manakala, bagi kes yang menghidapi hepatitis C secara keseluruhannya adalah 34,573.

“Bersempena sambutan Hari Hepatitis Sedunia tahun ini, KKM menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengamalkan hidup yang sihat dan amalan kebersihan diri untuk mengelakkan risiko mendapat jangkitan hepatitis.

“Justeru itu, pengesanan dan rawatan awal dapat mengelakkan komplikasi jangkita seperti penyakit hati yang teruk dan kanser hati dan seterusnya kematian,” katanya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat