Oleh : Wahida Ramlan
LEE Zii Jia tidak mampu mengawal air matanya selepas berjaya membawa pulang pingat gangsa di sukan Olimpik Paris 2024 dalam aksi yang berlangsung malam tadi.
Atlet berusia 26 tahun itu mengungkapkan pingat gangsa itu merupakan hadiah paling bermakna buat dirinya meskipun idaman merangkul pingat emas tidak kesampaian.
Malahan cemuhan yang sering diterimanya pernah membuatnya putus asa.
“Saya bagitau dekat diri saya, jangan pernah putus asa sampai saya berjaya sampai ke tahap ini. Abang tahu apa yang sudah berlaku.
“Setiap pagi, saya bangun nampak pelbagai berita melibatkan diri saya, saya terfikir apa salah yang saya lakukan. Saya hanya bangun setiap hari untuk latihan sahaja.
“Saya tak tahu apa yang terjadi, terutama kepada media dan saya beritahu kepada diri saya untuk terus berdiam diri meskipun mereka semua malukan saya sebab saya tahu, saya mampu buktikan kepada mereka kemampuan saya.
“Walaupun ini hanya pingat gangsa tetapi ini baru permulaan untuk saya. Saya akan kembali dengan lebih kuat untuk Olimpik Los Angeles 2028 dan saya akan dapatkan pingat emas,” katanya kepada Astro Arena selepas perlawanan.
Semalam, Lee Zii Jia berjaya memenangi pingat gangsa selepas menewaskan lawan dari India, Lakshya Sen dalam aksi rubber set 21-13, 16-21, 11-21 selepas berjuang selama 1 jam 12 minit untuk menyumbangkan pingat kedua kepada negara.