Polis kesan seorang saksi kes dadah

Oleh: Syahirah Harish

SUNGAI BULOH: Seorang lelaki dikehendaki polis Sungai Buloh, Selangor bagi perbicaraan satu kes mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB) yang berlaku di daerah tersebut.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, lelaki itu, Ching Chin Wei, 40, beralamat di No 33-5 Royal Regent 21 Jalan Putramas Off Jalan Kuching, Kuala Lumpur.

Menurutnya, Chin Wei diperlukan bagi perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, pada 8 Ogos.

“Polis sedang mengesan lelaki itu yang dikehendaki bagi memberi keterangan di mahkamah berhubung kes disiasat mengikut Seksyen 39 (B) ADB 1952.

“Kami memohon kerjasama orang ramai atau individu yang memiliki maklumat mengenai lelaki berkenaan supaya tampil membantu.

“Mereka diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh atau balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Zarith Hasmalis Zaharidi di talian 018-9005540,” katanya.

Anda Mungkin Berminat