Pencipta biskut Famous Amos meninggal dunia

WASHINGTON: Pencipta biskut yang berbau harum dan menyelerakan iaitu Famous Amos dilaporkan meninggal dunia pada 13 Ogos lalu di usia 88 tahun.

Wallace “Wally” Amos meninggal dunia di rumahnya di Honolulu akibat komplikasi demensia, lapor United Press International (UPI).

Empayar biskut Famous Amos yang dinamakan sempena namanya sangat digemari pelbagai peringkat umur dan jika anda berkunjung ke pusat beli-belah, biskut ini antara yang menjadi pilihan orang ramai kerana baunya yang harum.

Amos juga pengasas bersama Uncle Wally’s Muffin Co dan menjadi inspirasi kepada generasi usahawan.

Mendiang juga pernah dilaporkan berkata, biskut Famous Amos yang dijual sekarang tidak sama dengan biskut asalnya yang menggunakan banyak coklat, mentega asli, dan ekstrak vanila tulen.

Anda Mungkin Berminat