Ulasan | Di Nenggiri, angin perubahan bermula

Oleh: Liyana Marzuki

Barisan Nasional (BN) menang di Nenggiri dengan lebih 3,000 undi majoriti. Ramai terkejut jua. Tambah kem Perikatan Nasional (PN) dari mula nampak konfiden. Dari Wan Ahmad Fayhsal (WAF) buat larian “kejayaan” dari Sungai Bakap, sampai lah Presiden PN dengan penuh angkuh perli Agong, katanya ramai rakyat nak dia jadi PM semula.

Kekalahan PN di Nenggiri ini, suatu tamparan hebat pada kem mereka. Omputih cakap “a slap on the face”. Sebab apa:

PN yang beria nak pilihan raya kecil (PRK) ini. Walaupun pakar Perlembagaan seperti Prof Shad Saleem Faruqi jelas katakan tiada keperluan undang-undang nak buat PRK, kerana pemecatan ADUN itu pengecualian bawah konsep lompat parti.

PN ketegaq. Sebab confident boleh menang gamaknya. Depa yang nak PRK, depa kalah akhirnya. Itu tamparan hebat di muka.

BN menang besar dengan 3,000 lebih majoriti. Berbanding hanya 800 undi PN menang masa PRN (pilihan raya negeri). Ini tunjukkan pengundi Melayu ini bukan totok atau partisan lagi. Mereka boleh bertukar undi. Jadi Bersatu jangan perasan yang undi Melayu itu mereka sudah kuasai.

Kemenangan di Kelantan, home turf Parti PAS juga suatu tamparan. Presiden PN dengan angkuh kata, pengundi Nenggiri akan pasti pangkah Parti Bulan. Tapi lain yang terjadi, sampai PAS gigit jari di negeri sendiri.

Kem Kerajaan Perpaduan ada tamparan tersendiri

UMNO berkempen tanpa ada PKR atau DAP di sisi. Mereka tegas tidak mahu parti komponen lain masuk berkempen. Tunjukkan parti UMNO kuat sudah kembali. Di kawasan Melayu hardcore mereka boleh menang sendiri. Apa dinamik UG masa PRU16 (pilihan raya umu ke-16) nanti?

Beza dengan Sungai Bakap, bila undi penyokong UMNO swing ke PPBM, mungkin sebab calon PKR-DAP. Di Nenggiri pengundi UMNO kembali undi parti mereka. Undi bertambah pula. Tunjukkan pengundi pro PH rela undi calon UMNO. Tetapi pengundi UMNO tak semestinya akan undi calon PH. Itu dilema UG yang kita jangka.

Level baru dalam dunia politik negara

Tunjukkan pengundi hardcore Melayu bukan lagi totok parti dan pemimpin. Bukan lagi tertarik dengan slogan basi Melayu tertindas dan Islam terancam. Mereka punya minda sendiri.

Di negeri PAS Kelantan pun pengundi mereka boleh berubah deras begitu, bayangkan di tempat lain. Angin perubahan itu akan terus melanda dan gelombang hijau tu makin tepu jua.

Bila UG tekankan politik perut and politik hati, insya-Allah, penduduk majoriti akan kembali.

***Penulis adalah aktivis politik dan sentiasa menulis mengenai senario politik tanah air di media sosialnya

Anda Mungkin Berminat