Rusia Boleh Manfaat Kekuatan Malaysia Dalam Kewangan Islam – PM

KUALA LUMPUR: Malaysia menawarkan kepakaran kepada Rusia dalam sektor kewangan Islam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini mengambil kira peranan besar Kuala Lumpur yang dianggap sebagai peneraju global dalam perkhidmatan tersebut.

“Kewangan Islam adalah bidang yang sesuai untuk kerjasama bagi kedua-dua negara kerana Malaysia memiliki ekosistem institusi teguh yang bukan sahaja mematuhi prinsip syariah tetapi juga memacu inovasi dalam instrumen kewangan.

“Rusia mempunyai populasi Islam yang ramai dan mempunyai potensi besar dalam kewangan Islam.

“Saya percaya pengenalan perbankan Islam di Rusia akan dapat memudahkan projek bersama dan menarik pelaburan besar daripada negara dengan majoriti penduduk Islam,” kata beliau ketika berucap pada sesi pleno di Forum Ekonomi Timur (EEF) ke-9, di Vladivostok, Russia pada Khamis.

Dalam sesi sama, turut dihadiri Presiden Rusia, Vladimir Putin dan Naib Presiden China, Han Zheng.

Anda Mungkin Berminat