Mayat gadis ditemukan tertanam di kebun

Oleh: Shafira Aziz

SUMATERA Barat, Indonesia digemparkan dengan kematian seorang gadis yang ditemukan tertanam di satu kawasan tersembunyi di kebun, tidak jauh dari rumahnya pada Ahad.

Mangsa yang juga penjual makanan bergoreng, Nia Kurnia Sari dicari oleh orang kampung setelah tidak pulang ke rumah di mana kebiasaannya dia sudah berada di rumah kira-kira 6 petang hari Jumaat lalu.

Orang kampung menemukan Nia dalam keadaan terikat dan tidak berbaju hingga menggamit perasaan sayu dan geram warga maya negara itu dan juga di Malaysia.

Setakat ini, portal berita OkeZone News melaporkan pihak polis masih menyiasat punca kematian dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan

Susulan itu, beberapa video tular di media sosial memaparkan saat-saat terakhir gadis itu menjaja sebelum ditemui tidak bernyawa.

Video tular berdurasi 20 saat tersebut turut menunjukkan gadis itu memakai pakaian berwarna hitam sambil meletakkan bakul merah di atas kepalanya yang berisi pisang goreng bersama payung berwarna hijau.

Malahan video Nia yang disifatkan pelajar cemerlang dan sedang menunggu kemasukan ke institut perguruan itu menambahkan lagi kemarahan orang ramai kepada pelaku.

Anda Mungkin Berminat