BERSIH tuntut hasil reformasi perkhidmatan awam dalam tiga tahun

Oleh: Shafira Aziz

PETALING JAYA: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menuntut reformasi perkhidmatan awam menunjukkan Bidang Keberhasilan Reformasi (BKR) dalam tempoh kurang tiga tahun.

Pengerusi BERSIH, Muhammad Faisal Abdul Aziz susulan amanat Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar yang menegaskan isu integriti adalah cabaran utama dalam reformasi perkhidmatan awam.

“Integriti serta tatakelola pentadbiran awam adalah untuk kepentingan rakyat, tidak kira siapa pun yang memerintah.

“Saya turut menggesa agar kerajaan mempunyai ‘political will’ untuk melaksanakan reformasi tersebut dengan serius.

“Jika tidak, kita akan kekal di takuk lama dan tidak akan ke mana-mana,” tegasnya pada Khamis.

Beliau menyebut kewujudan ‘Napoleon Kecil’, kerenah birokrasi dan mentaliti silo sebagai halangan utama kepada usaha reformasi.

Justeru, beliau menggariskan agenda BKR yang melibatkan beberapa aspek penting sebagai pendekatan untuk mereformasi perkhidmatan awam.

Antara aspek penting dalam agenda BKR termasuk penghayatan Nilai dan Tatakelola, Pembangunan Modal Insan, Pembangunan Organisasi, Penyampaian Perkhidmatan serta Memperkasa Sinergi Awam dan Swasta.

Anda Mungkin Berminat