Lebih 200 gajah jadi lauk penduduk kelaparan di Zimbabwe

HARARE: Penyembelihan gajah secara besar-besaran oleh pihak berkuasa untuk dijadikan lauk penduduk kelaparan di sebuah daerah Zimbabwe, semalam.

Menurut Jurucakap Pihak Berkuasa Raman dan Hidupan Liar, Tinashe Farawo hal ini kerana hampir separuh penduduk Zimbabwe di ambang kebuluran akibat kemarau menyebabkan pihaknya membuat keputusan menyembelih lebih 200 ekor gajah.

“Zimbabwe mempunyai lebih 84,000 ekor gajah. Kami membuat kertas kerja supaya tindakan ini boleh dimulakan secepat mungkin,” katanya, memetik berita CNN.

Untuk rekod, populasi gajah di Zimbabwe merupakan kedua terbesar di dunia di belakang Botswana.

Dalam pada itu, Menteri Alam Sekitar Zimbabwe, Sithembiso Nyoni berkata negara mereka mempunyai lebih banyak gajah daripada yang diperlukan dan hutan untuk menampung haiwan liar itu.

“Pihak kami akan menugaskan wanita bagi mengeringkan daging gajah serta membungkusnya untuk memastikan kesemua daging tersebut dapat diagihkan kepada komuniti yang memerlukan protein.

“Langkah tersebut dibuat selepas Namibia bertindak membunuh gajah dan haiwan liar yang lain manakala dagingnya akan diberikan kepada penduduk yang tiada akses kepada bekalan makanan akibat kemarau,” jelasnya.

Anda Mungkin Berminat