ALOR SETAR: Satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) di buka di Kedah hari ini menjadikan 37 PPS memuatkan 6,100 orang setakat jam 8.50 pagi tadi.
Hal ini berikutan situasi banjir yang semakin buruk dan untuk menampung jumlah mangsa yang bertambah ketika ini.
Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan, daerah Kota Setar terus mencatatkan peningkatan jumlah mangsa yang berpindah ke 11 PPS.
Selain itu, daerah Kubang Pasu, Kuala Muda, Kulim, Pendang, Pokok Sena dan Bandar Baharu antara yang turut terjejas.
Pulau Pinang juga turut mencatatkan peningkatan mangsa banjir dengan 578 orang di lapan PPS melibatkan tiga daerah iaitu Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan.
Ia disusuli dengan 308 mangsa di Sabah, 113 orang di Perlis, 105 orang di Sarawak, 108 mangsa di Selangor dan sembilan orang di Kuala Lumpur.








