PU Azman didapati bersalah atas dua pertuduhan amang seksual

KLANG: Pencetus Ummah (PU), Azman atau nama sebenarnya, Azman Syah Alias didapati bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun.

Hakim Noridah Adam membuat keputusan itu di Mahkamah Sesyen Klang, selepas mendapati pihak pembelaan yang mewakili tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir pembelaan kes.

Terdahulu, mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun di sebuah inap desa di Kampung Sungai Udang, di sini, masing-masing pada 12.15 tengah malam dan 1 pagi pada 20 Februari serta 29 Jun tahun lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat, jika sabit kesalahan.

BERITA LANJUT MENYUSUL.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat