Oleh: Kamilia Ali
SELAYANG: Penduduk di sekitar Taman Selayang Jaya digemparkan dengan kejadian sebuah kereta yang pecah akibat serangan individu yang mengamuk pada pukul 5.30 pagi tadi.
Berdasarkan dakwaan penduduk setempat, individu yang terlibat merupakan dua orang lelaki tempatan, seorang berbangsa Melayu dan seorang lagi berbangsa India bersama beberapa orang ahli keluarganya.
Punca kejadian dipercayai berlaku apabila lelaki India tersebut telah memukul lelaki Melayu itu dibahagian kepala sehingga menyebabkan dia tidak berpuas hati dan didakwa mengikuti lelaki itu dengan menggunakan kereta jenis Perodua Viva.
Kemudian, kenderaan jenis Toyota Vios yang didakwa milik lelaki India itu telah disekat dan pemandu kereta Viva didakwa telah mengamuk dan memecahkan hampir kesemua cermin kereta Vios tersebut.
Difahamkan, amukan berlaku lebih kurang 15 minit dan tidak lama kemudian pihak polis peronda kawasan hadir ke lokasi kejadian bagi meredakan keadaan.
Berdasarkan pegawai bertugas dari Balai Polis Selayang ketika dihubungi Malaysia Bangkit, beliau mengesahkan tiada sebarang laporan yang diterima daripada mana-mana pihak berkenaan setakat ini.
Baca juga: