Malaysia seru tindakan segera PBB tangani Islamfobia

NEW YORK: Malaysia menekankan pengiktirafan dan keanggotaan penuh Palestin di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada Sabtu.

Kenyataan itu disampaikan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menyampaikan Kenyataan Negara dalam sesi Debat Umum Perhimpunan Agung PBB (UNGA) 2024.

Dalam kenyataan sama, Malaysia turut menggesa PBB melantik utusan khas untuk memerangi Islamofobia, sambil menyeru tindakan segera di peringkat global terhadap gelombang ucapan kebencian dan keganasan yang semakin meningkat terhadap golongan minoriti, khususnya umat Islam.

“Kami terkejut dengan trend kebencian, tidak bertoleransi , dan tindakan keganasan terhadap umat Islam yang semakin membimbangkan. Ini tidak boleh berterusan.

:Dalam era globalisasi, terdapat ruang untuk semua orang hidup bersama. Tanggungjawab kita, di bawah panji dunia yang bersatu, adalah memastikan keamanan akan kekal.

“Malaysia menggesa pelantikan segera Utusan Khas PBB untuk Memerangi Islamofobia,” katanya.

Selain itu, antara isu yang dibangkitkan ialah pembaharuan Majlis Keselamatan PBB, keutamaan negara dalam Kepengerusian ASEAN 2025 dan merapatkan jurang pembangunan.

Anda Mungkin Berminat