PELAKON dan usahawan terkenal, Fazura mencuri perhatian apabila membalas satu ciapan di aplikasi X seorang netizen yang berkongsi kemelut rumah tangganya.
Wanita itu berkongsi kisah sedih apabila suaminya didakwa melebihkan seorang pekerja wanita muda dan cantik di tempat kerja sehingga menyebabkan konflik besar dalam rumah tangga mereka.
Katanya lagi, suaminya sering melayan pekerja tersebut dengan cara berbeza, termasuk menghantar pulang, menyelesaikan urusan peribadi bahkan enggan memberhentikan pekerja itu walaupun tidak menunjukkan prestasi baik.
Apa yang mencetuskan spekulasi ramai ialah apabila Fazura membalas ciapan tersebut dengan penuh empati.
“Assalamualaikum sis. Sending you the biggest hugs and love that I can possibly give. Stay strong!”, kata Fazura.
Netizen segera membuat spekulasi, menyatakan bahawa Fazura mungkin memberikan respons berdasarkan pengalaman sendiri, lebih-lebih lagi dengan khabar angin yang melibatkan rumah tangganya dan Fattah.
Ramai yang memberikan sokongan kepada Fazura di ruangan komen, mengharapkan yang terbaik untuknya dan mendoakan agar segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan baik.
Minggu lalu, Fazura dan Fattah hadir ke Mahkamah Syariah Subang Bestari bagi prosiding perceraian.
Bagaimanapun, Fattah masih belum bersedia melepaskan Fazura kerana mengakui masih sayangkan isterinya.
Mahkamah kemudian menangguhkan kes berkenaan kepada 7 Oktober ini. Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.