DBKL sita barangan penjaja halang laluan awam

Oleh: Haikal Tajuddin

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya kuala Lumpur (DBKL) menyita 12 kes barangan penjaja di beberapa kawasan sekitar dekat sini kerana menghalang laluan orang awam.

Selain itu, DBKL turut mengenakan tindakan kompaun penjaja yang tidak berlesen di bawah peruntukan Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan Parit Bangunan 1974.

“Operasi ini telah dijalankan sekitar Chow Kit, Jalan Leboh Pasar, Jalan Dewan Sultan Sulaiman dan Jalan Sultan Azlan Shah Jalan Ipoh.

“Antara barangan yang disita adalah kanopi, stall stainless steel, kerusi, meja plastik dan lain-lain peralatan.

“Manakala enam notis kompaun telah dikeluarkan dibawah UUK 3 (1) Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016,” kata kenyataan itu pada Sabtu.

Dikatakan, barang dan peralatan disita itu akan dihantar ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras bagi menjalankan dokumentasi dan tindakan selanjutnya.

“Tindakan dan pemantauan akan terus dijalankan menerusi siri-siri tindakan khas di 11 parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” ujarnya.

Anda Mungkin Berminat