Sebutan kedua tuntutan cerai Fazura, Fattah pagi ini

PETALING JAYA: Sebutan kedua tuntutan penceraian Nur Fazura terhadap Fattah Amin dijangka berlangsung pukul 9 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor, hari ini.

Sebelum ini, mahkamah yang sama telah membenarkan tempoh dua minggu penangguhan kes perceraian susulan menerima cadangan baharu daripada defendan yang mahu kes itu diselesaikan secara baik.

Fattah dilaporkan masih belum bersedia melepaskan Fazura kerana mengakui masih sayangkan isterinya.

Terdahulu, pada 13 September lalu, Fazura telah memfailkan cerai terhadap Fattah Amin di mahkamah sama.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 3.

Anda Mungkin Berminat